Nota Lekat Elektronik dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

30 September 2013

Padlet (http://www.padlet.com) merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pelajar menyiarkan pendapat mereka dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama-sama. Pelajar boleh menaip huruf bagi setiap nota lekat elektronik yang boleh menggabungkan imej, audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai.

Padlet merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pelajar menyiarkan pendapat mereka dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama-sama. Pelajar boleh menaip huruf bagi setiap nota lekat elektronik yang boleh menggabungkan imej, audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai. 

Padlet juga boleh digunakan untuk mencatat nota peribadi, senarai perkara yang perlu dilakukan, koleksi maklum balas, dan sebagainya. Dalam pembelajaran bahasa, pelbagai aktiviti berbentuk kolaboratif boleh dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi ini. Antaranya ialah aktiviti penulisan, pertuturan, sumbang saran, tatabahasa, perbendaharaan kata dan aktiviti berbentuk projek. Selain itu, aplikasi ini juga boleh dimanfaatkan oleh pendidik sebagai media pemberitahuan, iaitu untuk memaklumkan aktiviti pembelajaran atau latihan-latihan, perkembangan semasa tentang pelajaran dan juga pesanan kepada pelajar lain yang mungkin tidak hadir di kelas.