Indahnya Peribahasa

20 September 2015

...kita boleh saja mencadangkan yang lain, namun kita jangan terus mempersalah sesuatu yang telah diterima pada masa silam.

Online: "Atas Talian" atau "Dalam Talian"?

17 September 2015

Istilah ‘atas talian’ dan ‘dalam talian’ merupakan istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada istilah ‘online’. Berdasarkan carian menggunakan enjin carian Google, terdapat 560 000 penggunaan istilah ‘dalam talian’ dan 1 780 000 penggunaan istilah ‘atas talian’.
Antara contoh penggunaannya berdasarkan carian Google ialah:
1a. Radio Dalam Talian (Online) – IKIMfm
1b. Mohon Dalam Talian – UNITAR International University
1c. Pengiraan Faraid Dalam Talian – Selamat Datang ke Portal E-Syariah
1d. Pembayaran Dalam Talian – Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka
2a. Selamat Datang Ke Sistem Peperiksaan Atas Talian
2b. Aplikasi Permohonan Jawatan Atas Talian UMT
2c. Perkhidmatan Atas Talian Kementerian Kerja Raya
2d. Kedai Atas Talian – Quora