Bahasa Jiwa Bangsa

Persediaan Peperiksaan

Sebelum Peperiksaan



Elakkan konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi.
Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan mata pelajaran.
Ulangkaji nota secara konsisten.
Bina dan jawab soalan daripada nota.
Berjumpa dan berbincang dengan guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan.
Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten.
Jadi guru dan ajar rakan-rakan anda berkaitan sesuatu topik.
Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan mata pelajaran tepat.
Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.



Pada Hari Peperiksaan


Tidur secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaan.
Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan.
Datang awal ke dewan peperiksaan.
Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan pada saat akhir bersama-sama rakan.
Berfikiran positif dan bersikap optimis.
Bercakap dengan rakan sekiranya ia dapat memberikan ketenangan kepada anda.

Semasa Peperiksaan

Hadapi peperiksaan dengan perasaan yakin diri.
Baca arahan dengan teliti.
Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya.
Baca setiap soalan dengan teliti.
Gariskan perkataan yang penting dalam soalan.
Uruskan masa bagi menjawab dan menyemak jawapan bagi setiap soalan.
Jawab soalan yang mudah  terlebih dahulu sebelum memberikan perhatian pada soalan yang sukar.
Lakarkan jawapan dengan menggunakan peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdakwat terang (hitam).
Jawapan hendaklah padat dan mudah dibaca.

Selepas Peperiksaan

Elakkan daripada berbincang bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain.
Yakin lah bahawa anda telah membuat yang terbaik dalam peperiksaan.
Bertenang dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang berikutnya.

Petua Mendapat Keberkatan Menduduki Peperiksaan

Memohon keampunan dan keredhaan daripada ibu bapa dan guru sebelum menduduki peperiksaan.
Mengambil air sembahyang.
Melangkah dengan kaki kanan ke dewan peperiksaan.
Membaca Bismillah.
Membaca surah Ash-Syarh sebanyak sepuluh (10) kali sebelum mula menjawab soalan.
Memohon doa kepada Tuhan.

Peranan Ibu Bapa

1.   Menyediakan makanan yang halal, berkualiti dan bersih.
2.   Menggalakkan anak beriadah selama 20 minit 3 kali seminggu.
3.   Memastikan anak tidur secukupnya selama 6-7 jam  sehari.
4.   Memberi pengukuhan dan kekuatan rohani seperti solat hajat, berdoa, dan  membaca Al-Quran.
5.   Memastikan anak membuat latih tubi secukupnya.
6.   Menjaga keselamatan dan kesihatan anak.

KECEMERLANGAN ADALAH PERANCANGAN

Kecemerlangan adalah hasil daripada usaha yang terancang, sistematik dan bersepadu. Ia menuntut komitmen dan pengorbanan daripada mana-mana pihak yang meletakkan kejayaan sebagai matlamat akhir daripada sesuatu usaha. Kejayaan dalam bidang akademik khususnya dalam kalangan murid perlu dijana dengan kekuatan spiritual dan penghayatan keagamaan.

Sehubungan itu, amat wajar setiap murid yang bakal menduduki peperiksaan dibimbing dengan kemahiran ini, disamping menggalakkan para ibu bapa serta masyarakat umum terlibat sama dalam memberi sokongan, dorongan dan bantuan untuk kesejahteraan minda dan kelestarian emosi anak-anak dalam menghadapi peperiksaan.


Bahasa Jiwa Bangsa