Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut: a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis, b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.cth: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Pwrsatua Sains. c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. cth: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.
Bagi merujuk tajuk dalam syarahan penggunaan tanda petik (" ") adalah tepat berbanding tanda petik tunggal (' '). Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. cth: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim.
Untuk merujuk tajuk buku atau cerpen, boleh menggunakan tanda petik (" ") atau menggunakan huruf condong bagi menunjukkan ada sesuatu berlainan dalam frasa.