Bahasa Jiwa Bangsa
Showing posts with label tokoh bahasa. Show all posts
Showing posts with label tokoh bahasa. Show all posts

Tokoh Bahasa: Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong

21 December 2015

Sumber gambar:
http://www.uim.edu.my/v2/

Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong ialah Profesor Linguistik, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini beliau berkhidmat sebagai Felo Utama di Institut Kajian Etnik (KITA) di sana.

Dari segi kelayakan akademik, Prof. Dato’ Dr. Teo memiliki empat ijazah dalam pengkhususan linguistik. Dua diperoleh daripada universiti tempatan, iaitu Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Kelas Pertama daripada Universiti Malaya pada tahun 1982, dan Sarjana Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1986. Dua lagi diperoleh daripada The University of California at Berkeley, Amerika Syarikat, iaitu Masters of Arts pada tahun 1991 dan Doctor of Philosophy...


Sasterawan Negara Ke-13: Datuk Dr. Zurinah Hassan

18 October 2015

Sumber Gambar: Sinar Harian

Datuk Dr Zurinah Hassan hari ini diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-13 yang membawa gelaran Sasterawan Negara, kali pertama seorang penulis wanita diberikan anugerah tertinggi itu.

Tokoh Bahasa: Zainal Abidin Ahmad (Za'ba)

16 August 2015

Sumber gambar: wikipedia.org
Zainal Abidin Ahmad juga dikenali sebagai Za'ba dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915. Za'ba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916.

Rujukan biodata beliau:


Tokoh Bahasa: Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan

12 August 2015

Sumber gambar: kembarabahasa.blogspot.com
Dr. Awang Sariyan lahir di Pontian, Johor pada 20 Oktober1953. Pendidikan tingginya diperoleh di Universiti Kebangsaan Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Persuratan dengan Kepujian dan Diploma Pendidikan) dan di Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Linguistik dan IjazahDoktor Falsafah dalam bidang Falsafah Pendidikan Bahasa).

Tokoh Bahasa: Profesor Emeritus Abdullah Hassan

18 July 2015

Sumber: gambar media.um.edu.my
Dr. Abdullah Hassan, lahir di Teluk Anson (Intan), Perak, pada 20 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Semanggol dan Teluk Intan, dan menengah di STAR Ipoh.

Beliau mendapat ijazah Ph.D. dalam bidang Linguistik dari University of Edinburgh, Scotland (1972); dan M.A. (1969), B.A. (1967) dalam Linguistik Pengajian Melayu dari Universiti Malaya. 

Biodata beliau boleh dirujuk di 

Tokoh Bahasa: Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar

22 March 2014

Sumber gambar:
http://umconference.um.edu.my
Dato' Dr. Hjh Asmah Hj. Omar dilahirkan di Jitra pada 5 Mac 1940 dari sebuah keluarga yang berpendidikan tinggi. 

Pendidikan awal dan menengahnya bermula di Kedah. Beliau meneruskan pengajiannya di Universitas Indonesia dan memperolehi Sarjana Muda dan Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya hingga mendapat Ijazah Kedoktoran dari University of London dalam bidang 'General Linguistics'. 

Pada tahun 2000, Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah menerima anugerah gelaran Doktor Persuratan (D. Litt) dari Universiti Malaya kerana sumbangannya yang amat besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia.

Rujukan biodata beliau:

Tokoh Bahasa: Dato' Dr. Hassan Ahmad

15 February 2014

SUmber gambar: Klik Web DBP
Dato’ Dr. Haji Hassan bin Ahmad dilahirkan pada 8 Disember 1936 di Muar, Johor. Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya (1962), dan Doktor Falsafah (Universiti Leiden, 1999). 

Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah Pontian, Johor (1962-1963). Kemudian beliau bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Penyelidik (1963-1964), Pegawai Penyelidik Kanan (1964-1968), Timbalan Pengarah DBP (1971-1976) dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pengarah DBP (1976-1988). Beliau dilantik menjadi Wakil Tetap/Duta Malaysia ke UNESCO, Paris pada 1988 hingga 1994.

Rujukan biodata beliau:

Tokoh Bahasa: Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

04 January 2014


Sumber gambar: http://ww1.utusan.com.my
Datuk Dr. Nik Safiah Karim dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan. 

 Dalam bidang akademik, beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru (sekarang Sekolah Rendah Zainab). Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur (kini dikenali Kolej Tunku Kurshiah, Seremban). Setelah itu beliau telah belajar di St. Francis Institution, Melaka sehingga lulus Higher School Certificate pada tahun 1959. 

Pada 1965 beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik daripada Universiti Malaya. Seterusnya pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA.

Rujukan biodata beliau:


Bahasa Jiwa Bangsa