Penggunaan Tanda Petik " dan '
06 March 2016
Ejaan DBP "insya-Allah"
06 December 2015
Terdapat pelbagai versi ejaan untuk "insya-Allah". Dapatan berikut menunjukkan kepelbagaian cara mengeja berdasarkan pencarian melalui enjin carian Google, antaranya:
Soalan: Saya telah merujuk penggunaan ejaan berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, termasuk ejaan ‘insya-Allah’. Saya berasa keliru apabila ada pihak menyebarkan kelemahan ejaan itu di Facebook. Bahan yang disebarkan itu dikatakan bersumber daripada Dr. Zakir Naik. Sebaran itu meminta pengguna bahasa Melayu agar menggunakan ejaan ‘In Shaa Allah’ (tiga patah perkataan). Saya mendapati sudah ada guru menggunakan ejaan ini. Apakah pendirian DBP? Jawapan: Ejaan yang telah ditetapkan oleh DBP ialah insya-Allah. (30.12.2012)
Soalan: Ada kekeliruan ejaan. Kamus Dewan Ed. 4 menyatakan ejaan ‘insya Allah’ ada tanda sempang, ‘insya-Allah’. Walau bagaimanapun, dalam rujukan Khidmat Nasihat ada yang menyatakan ejaan yang betul "insyaAllah" dan ada yang menyatakan "insya-Allah". Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Ejaan yang betul ialah insya-Allah. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. (24.07.2013)
Soalan: Tuan, huruf ‘i’ dalam perkataan ‘insya-Allah’ perlu ditulis secara huruf besar atau huruf kecil? Jadi ‘insya-Allah’ atau ‘Insya-Allah’? Atau kedua-duanya pun sama boleh diterima? Jawapan: insya-Allah. (27.05.2014)
Topik: analisis kesalahan bahasa , morfologi , soal jawab , tatabahasa
Antara "Memberi" dengan "Memberikan"
03 February 2012
Topik: analisis kesalahan bahasa , morfologi , soal jawab , tatabahasa
Jawapan Latihan Analisis Kesalahan Bahasa
08 May 2009
Jawapan telah dimasukkan dalam Grup Perbincangan. Sila semak melalui grup perbincangan atau melalui peti e-mel masing-masing.
Latihan Cuti: Latihan Analisis Kesalahan Bahasa
16 March 2009
Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3
Latihan 4
Soalan Ujian 1
02 March 2009
Soalan Ujian 1.
a) Alih Bentuk Teks
b) Analisis Kesalahan Bahasa
c) Analisis Kesalahan Bahasa
....................................
Jawab semua soalan.
a) Alih Bentuk Teks
"Kakak, boleh Ti tanya?" katanya.
"Eh, macam ada yang rumit pula!" Kakaknya tersenyum.
"Apa pendapat kakak, saya pun turut putus tunang dengan Sofian?”
“Itu hak Ti, macam kakak gunakan hak kakak juga. Itu saja."
"Tapi tak ada alasan kan?"
"Eh, Ti lulusan tinggi, kakak hanya SPM! Ti buat keputusan ikut pertimbangan sendirilah," balas kakaknya selamba.
b) Analisis Kesalahan Bahasa
c) Analisis Kesalahan Bahasa
Topik: alih bentuk teks , analisis kesalahan bahasa , ujian
> Latihan Bahasa Melayu 2
08 February 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ingatkan minggu ini kita boleh bertemu seperti biasa di kelas, namun keadaan masih tidak mengizinkan. Walaupun begitu, Alhamdulillah kerana keadaan cikgu semakin baik.
Pembelajaran mesti diteruskan, apatah lagi bulan Februari ini sudah melewati minggu ke-2. Nanti makin banyak yang ketinggalan. Jadi untuk tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja dan kita terpaksa mengejar masa-masa yang terlepas, hari ini disediakan 2 tugasan untuk kalian siapkan.
Jawapannya boleh di e-melkan. Insyaallah jawapan dan komen akan dibalas melalui e-mel juga.
Walau bagaimanapun, bersedialah juga dengan jawapan bercetak/ bertulis. Jika cikgu dapat kembali bertugas pada minggu ini, Insyaallah boleh kita bincangkan dalam kelas nanti.
-----------------------------------------------------------------
TUGASAN 1
1. Sila selesaikan latihan alih teks yang telah diedarkan dalam kelas yang lalu.
2. Aktiviti kumpulan.
Sediakan rangka karangan yang lengkap dalam bentuk power point untuk perbincangan karangan memorandum dalam sesi pembelajaran akan datang.
Sediakan juga format penulisan karangan memorandum.
Soalan:
Sungguhpun kerajaan telah memberikan amaran kepada golongan peniaga agar tidak menaikkan harga barangan secara tidak berpatutan berikutan kenaikan harga minyak kenderaan, namun hal ini tidak diendahkan oleh mereka.
Sebagai pengerusi sebuah badan pengguna, anda bercadang menghantar satu memorandum berkaitan hal itu kepada Perdana Menteri. Dalam memorandum tersebut, anda menjelaskan kesusahan yang dialami pengguna di negara ini dan mencadangkan usaha-usaha untuk menanganinya. Sediakan memorandum itu.
-----------------------------------------------------------------
TUGASAN 2
Aktiviti Individu
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.
Kesibukan mengejar kebendaan atau sikap meterialistik menyebabkan semangat kejiranan kian luntur. Keadaan ini amat dirasai di bandar-bandar besar kerana ramai di kalangan penduduk-penduduknya keluar bekerja. Terdapat di kalangan mereka masih tidak kenal jiran yang tinggal di sebelahnya. Keadaan ini menyebabkan impian agar melahirkan masyarakat penyayang sukar dicapai. Semangat gotong-royong untuk mengadakan kenduri-kendara seperti di kampung-kampung juga kurang. Hal ini menjadi punca mengapa mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Semangat kejiranan penting untuk menyatupadukan bangsa terutamanya dalam berbilang bangsa di negara ini.
Sekian.
Topik: analisis kesalahan bahasa , bahasa melayu 2 , karangan , latihan


