Bahasa Jiwa Bangsa
Showing posts with label fungsi bahasa melayu. Show all posts
Showing posts with label fungsi bahasa melayu. Show all posts

Bahasa Melayu: Bahasa Jiwa Bangsa

09 December 2015

Sumber imej: Blog Tn. Mohd. Isa Abd. Razak
Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.
Sejauh manakah kita memahami dan menjiwai "Bahasa Jiwa Bangsa"? Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya menyedari bahawa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa perhubungan tetapi lebih daripada itu. Antaranya sebagai cerminan nilai jati diri nasionalisme dan patriotisme pelbagai kumpulan etnik negara ini.

Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan

07 December 2015

Kertas yang membincangkan tentang kedudukan dan peranan BM dalam konteks komunikasi perpaduan ini amat bermanfaat untuk dibaca. Artikel ini boleh diperoleh melalui UKM Journal Article Repository.

Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan: Kedudukan dan Peranannya dalam Konteks Komunikasi Perpaduan

Perkara 4(1) menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama persekutuan dan semua undang-undang yang diluluskan selepas merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu. Berpegang atas prinsip ini, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diiktiraf dan berperanan dalam memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pemimpin terdahulu juga menyedari bahawa perlunya diwujudkan bahasa kebangsaan untuk menjadi bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum. Maka, hasil permuafakatan perlembagaan ini, telah diterima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang disentuh dalam Perkara 152. Dalam konteks masyarakat majmuk, kelihatan sukar untuk setiap etnik berkompromi dalam hal budaya dan agama kerana ia amat sensitif. Maka, hanya bahasa yang boleh dikompromi untuk dikongsi bersama iaitu bahasa Melayu sebagai alat penyatuan etnik di Malaysia. Justeru, artikel ini akan memperincikan lagi dan mengingatkan semula tentang kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan dengan merujuk kepada peruntukanperuntukan yang terdapat dalam perlembagaan dan kerelevanannya dalam memupuk perpaduan kebangsaan.
>> [Kertas kerja lengkap]

Bahasa Melayu akan Terpinggir, Sekadar Bahasa dalam Perlembagaan

21 November 2015


Kerajaan perlu serius dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu, kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr. Awang Sariyan sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam berhubung isu penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan surat-menyurat rasmi negeri Sarawak.


Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Rasmi

02 November 2015

Peruntukan mengenai bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dinyatakan di bawah Fasal (1) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: 
  “Bahasa Kebangsaan 152. (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa – (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.” Berdasarkan peruntukan di atas, walaupun bahasa kebangsaan bagi negara kita ialah bahasa Melayu tetapi seseorang boleh menggunakan (selain bagi maksud rasmi), mengajar atau belajar bahasa lain. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga mempunyai hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa kaum-kaum lain.

Berjiwa Malaysia Melalui Satu Bahasa

01 November 2015

Profesor Dr. Teo Kok Seong
 Sebenarnya rakyat Malaysia termasuk orang Melayu selaku penutur natif kepada bahasa Melayu, rata-ratanya tidak sayang, tidak bangga dan tidak taat kepada bahasa Melayu. Baik dalam kapasitinya sebagai bahasa ibunda atau etnik, atau dalam kapasitinya sebagai bahasa negara

Nasib Bahasa Melayu dari Kaca Mata Sasterawan Negara

14 October 2015

Sumber Gambar: Berita Harian


"Bahasa Melayu selalu dikambinghitamkan dan dijadikan mangsa kalau negara gagal melonjakkan ekonomi atau pendidikan" 



Memperkasa Bahasa Melayu di Sekolah

29 August 2015


Di sekolah, guru Bahasa Melayu (BM) berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik pelajar agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Apa tidaknya, ketika guru BM berbuat demikian, terdapat sesetengah guru mata pelajaran bukan BM tidak mempedulikan langsung tentang aspek kebahasaan.

Bagi mereka, soal binaan ayat, penggunaan imbuhan, dan ejaan yang betul tidak penting asalkan perkara yang disampaikan itu difahami pelajar.


Bendung Bahasa Melayu dari Menjadi Bahasa Pijin dan Kreol

13 August 2015

Sumber gambar: http://www.ukm.my

Bahasa pijin adalah bahasa “ciptaan” yang dilahirkan oleh warga asing yang bukan penutur jati Bahasa Melayu apabila mereka berinteraksi sesama mereka dan dengan warga negara lain yang tinggal di Malaysia. Apabila warga asing berkomunikasi dengan warga asing yang lain, maka mereka akan menggunakan apa sahaja perkataan yang mereka tahu dalam struktur ayat yang tidak betul bagi menyatakan maksud mereka. Di sinilah saat bermulanya bahasa pijin dalam masyarakat Malaysia. 


Betulkan salah tanggap tentang BM

17 March 2015

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menyediakan kemudahan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk pengguna mengemukakan permasalahan bahasa tetapi masih kurang dimanfaatkan oleh pengguna.


Bahasa Melayu Berupaya Menjadi Bahasa Terbesar Dunia

12 January 2013

Sumber gambar: ITNM
“Punca mengapa bahasa Melayu semakin kurang digunakan oleh segelintir rakyat Malaysia pada hari ini kerana banyak yang jahil. Lebih menyedihkan apabila mereka ini menggunakan bahasa campur yang tidak hanya dalam perbualan harian sahaja. Golongan ini tiada rasa jati diri dan tiada martabat. Sedangkan mereka lupa bahawa bahasa itu umpama pakaian peribadi seseorang, pakaian akal fikiran dan perasaannya. “Jika menggunakan bahasa tempel-tempel ia ibarat pakai pakaian compang-camping, kotor dan tiada keindahan. Orang luar suka bahasa kita, mengapa kita pula membuangnya.”
~ Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh

Yakinlah Keupayaan Bahasa Melayu

07 August 2012

Sumber gambar: laman.dbp.gov.my
Jika anda mahu menggunakan bahasa anda sendiri, ada banyak perkara yang anda perlu lakukan. Jika mahu setanding dengan yang lain, anda perlu menerbitkan jurnal sains dan yang lain

Pengguna Bahasa Melayu Perlu Mematuhi Peraturan Sopan Santun

17 March 2012

Air muka bagi orang Melayu mempunyai peranan bukan setakat masa berlangsungnya komunikasi, tetapi menjangkau ruang lingkup yang lebih jauh daripada itu. 
Air muka seseorang membawa pengertian yang lebih jauh dan mendalam, bukan setakat nama baik orang yang berkenaan sahaja, tetapi meliputi juga didikan yang diperoleh daripada ibu bapa, guru dan kaum keluarga. Dengan itu, nama baik dan maruah seseorang itu meliputi juga nama baik ibu bapa dan kaum keluarganya. 
Oleh itu, dalam sesuatu komunikasi baik secara bersemuka atau secara bertulis, seseorang itu hendaklah berhati-hati supaya tidak menjatuhkan air muka pihak yang diajak berkomunikasi ataupun juga yang dijadikan subjek komunikasi. 
Jika jatuhlah air muka sesuatu pihak, maka akan timbul perselisihan yang hebat antara pihak berkenaan yang tentu sahaja akan melibatkan kaum keluarga dan handai taulan.
Langkah balas budi yang paling mudah dalam hubungan sesama manusia adalah dalam bentuk bahasa, iaitu ucapan terima kasih atau tutur kata yang seperti itu yang menyatakan betapa besarnya hati kita mendapat “budi” daripada orang yang berkenaan. 
Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar
dalam Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media (2007: 8 – 9). 


 Renungan 

Hendaknya kita sentiasa berusaha untuk menjelmakan kesantunan berbahasa dalam komunikasi di Internet. Contohnya, kita berusaha menggunakan bahasa yang baku dan sopan dalam penulisan untuk blog, e-grup, dan Facebook. Kita juga berusaha menjaga kesopanan apabila menulis ulasan dalam blog, Facebook dan sebagainya.


Bahasa Jiwa Bangsa