Bahasa Jiwa Bangsa

> Latihan Bahasa Melayu 2

08 February 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ingatkan minggu ini kita boleh bertemu seperti biasa di kelas, namun keadaan masih tidak mengizinkan. Walaupun begitu, Alhamdulillah kerana keadaan cikgu semakin baik.

Pembelajaran mesti diteruskan, apatah lagi bulan Februari ini sudah melewati minggu ke-2. Nanti makin banyak yang ketinggalan. Jadi untuk tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja dan kita terpaksa mengejar masa-masa yang terlepas, hari ini disediakan 2 tugasan untuk kalian siapkan.

Jawapannya boleh di e-melkan. Insyaallah jawapan dan komen akan dibalas melalui e-mel juga.

Walau bagaimanapun, bersedialah juga dengan jawapan bercetak/ bertulis. Jika cikgu dapat kembali bertugas pada minggu ini, Insyaallah boleh kita bincangkan dalam kelas nanti.

-----------------------------------------------------------------
TUGASAN 1

1. Sila selesaikan latihan alih teks yang telah diedarkan dalam kelas yang lalu.

2. Aktiviti kumpulan.

Sediakan rangka karangan yang lengkap dalam bentuk power point untuk perbincangan karangan memorandum dalam sesi pembelajaran akan datang.

Sediakan juga format penulisan karangan memorandum.

Soalan:
Sungguhpun kerajaan telah memberikan amaran kepada golongan peniaga agar tidak menaikkan harga barangan secara tidak berpatutan berikutan kenaikan harga minyak kenderaan, namun hal ini tidak diendahkan oleh mereka.

Sebagai pengerusi sebuah badan pengguna, anda bercadang menghantar satu memorandum berkaitan hal itu kepada Perdana Menteri. Dalam memorandum tersebut, anda menjelaskan kesusahan yang dialami pengguna di negara ini dan mencadangkan usaha-usaha untuk menanganinya. Sediakan memorandum itu.

-----------------------------------------------------------------
TUGASAN 2

Aktiviti Individu

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.
Kesibukan mengejar kebendaan atau sikap meterialistik menyebabkan semangat kejiranan kian luntur. Keadaan ini amat dirasai di bandar-bandar besar kerana ramai di kalangan penduduk-penduduknya keluar bekerja. Terdapat di kalangan mereka masih tidak kenal jiran yang tinggal di sebelahnya. Keadaan ini menyebabkan impian agar melahirkan masyarakat penyayang sukar dicapai. Semangat gotong-royong untuk mengadakan kenduri-kendara seperti di kampung-kampung juga kurang. Hal ini menjadi punca mengapa mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Semangat kejiranan penting untuk menyatupadukan bangsa terutamanya dalam berbilang bangsa di negara ini.

Sekian.

3 komentar :

Habshah said...

Assalammualaikum,
Cikgu, boleh kah diletak di tajuk blog ini Bahasa Melayu untuk peringkat apa. Saya scan tak nampak pun mana perkataan Ting 6 ke STPM ke? Saya bukan guru BM.

Tujuan saya hendak linkkan dengan blog sekolah saya.

Terima kasih

Anonymous said...

Cikgu Habshah: Terima kasih atas pandangan. Saya terlepas pandang tentang fokus blog ini.

Saya dan bahasa menjurus kepada p&p BM untuk tingkatan 6/STPM dan juga SPM. Selain itu akan dibincangkan juga isu-isu p&p BM secara umum.

Terima kasih atas kesudian meletakkan pautan dalam blog sekolah cikgu.

Lumut Pagi said...

Salam cikgu..
Wah, melihat tugasan buat saya teringat zaman di tingkatan 6 dulu. Semestinya sudah punya perbedaan bukan tingkatan 6 kini dan dahulu.Dunia makin berubah.
Buat adik-adik..Selamat maju jaya..

:)


Bahasa Jiwa Bangsa