Siri Bicara Bahasa diterbitkan khusus untuk merakam kata-kata daripada sarjana bahasa tanah air. Pengendali web melihat kepada perlunya usaha untuk mendokumentasikan ungkapan bermakna yang dilontarkan sebagai rakaman untuk membuka minda dan memupuk rasa cinta dan prihatin terhadap bahasa kebangsaan kita.
Paparan siri ini adalah dalam bentuk imej yang disertakan dengan gambar sarjana, ungkapan yang dipetik dan sumber pernyataan tersebut.
Pengunjung amat digalakkan untuk berkongsi imej yang dipaparkan dalam siri ini.
0 komentar :
Post a Comment