Bahasa Jiwa Bangsa

Antara "Memberi" dengan "Memberikan"

03 February 2012

Pertanyaan:

Salam Prof. Apakah perbezaan antara "memberi" dengan "memberikan". Yang saya tahu, kedua-duanya merupakan kata kerja transitif yang perlu disambut oleh objek. Bagaimana mahu ditunjukkan perbezaan selanjutnya? Terima kasih.

Penjelasan:

Kata kerja transitif 'memberi' diikuti oleh objek penerima seperti "Ayah memberi anaknya wang" ("anaknya" sebagai objek penerima), sementara kata kerja transitif 'memberikan' diikuti oleh objek bergerak atau objek yang diterima, seperti "Ayah memberikan wang kepada anaknya" ("wang" sebagai objek bergerak atau objek yang diterima).

Banyak kesilapan yang dapat ditemukan dalam tulisan, seperti "Dia memberikan saya maklumat itu" (seharusnya "Dia memberi saya maklumat itu" atau "Dia memberikan maklumat itu kepada saya"). Apabila dikatakan "Saya diberikan", timbul persoalan "kepada siapakah saya diberikan"?

Dalam bentuk pasifnya, sering ditemukan kesilapan seperti "Saya diberikan peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" (seharusnya "Saya diberi peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" dengan makna 'saya diberi peluang'). Apabila dikatakan "Saya diberikan", timbul pertanyaan "kepada siapakah saya diberikan"?


~Kembara Bahasa~
18 Januari 2012/24 Safar 1433




4 komentar :

Anonymous said...

Tidak betul jika rakyat Malaysia di ajak melihat betapa bahasa ibunda di negeri-negeri German, Korea dan Jepun mampu menjadikan negara dan rakyat negara-negara tersebut maju dan sofistaked. Ingat, itu bahasa ibunda mereka, bukan bahasa Melayu kita. Kita sepatutnya melihat apakah betul pesatnya ekonomi, sistem perdagangan, sistem kewangan dan perhubungan antarabangsa negera jiran kita yang JUGA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU - INDONESIA. Tidak kemana hebatnya pencapaian dan prestasi Indonesia yang menggunakan Bahasa Melayu itu walalupun digunakan dengan meluas. Nah, buktinya depan mata, bahasa Melayu dahulu kala memang hebat hanya untuk perdangangan zaman silam dahulu kala seperti jual beli cengkih, kayu cendana, damar, beras, gambir dan candu [antara lain], tetapi janganlah dikatakan perdagangan dahulu itu sama kompleksnya dan rumitnya dengan sistem ekonomi hari ini.

Untuk syok sendiri, bolehlah Malaysia pakai Bahasa Melayu bagi maksud maksud persurantan dengan jabatan Kerajaan, dan jualan jualan gerai kecilan ala berniaga seperti di zaman Melaka itu bolehlah bahasa melayu 'thrive'. Tetapi maaflah, bukan zaman derivatives, futures market, takeovers and mergers dan buku manual membaiki enjin kapalterbang Airbus A380 [nak manual enjin kapalterbang tu pakai BM? Sorry la ].

Edarkan dan bincangkan isu ini.

Mankoboi

Bahasa Jiwa Bangsa said...

Maafkan saya, untuk maju bukan meniru bahasanya tetapi melihat pemikirannya. Bahasa ialah mata akal. Sampai bila kita hanya nak menjadi pengguna, kenapa kita mesti baca manual dan bukan pembuat manual. sebenarnya minda saudara sudah dujajah. sebab itu saudara seronok jadi pengguna dan bukannya pencipta.Kesian.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru? Share catanan2 sekolah atau e-books?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dm files lain dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Unknown said...

adakah :"penceramah itu memberikan ceramah yang berjudul Anak "betul?


Bahasa Jiwa Bangsa