Bahasa Jiwa Bangsa

Perihal Perlunya Mengetahui Bahasa Kedua

07 August 2016

Sering kali kita mendengar orang berkata bahawa orang Melayu perlu mengetahui bahasa kedua, khususnya bahasa Inggeris, kerana kononnya mengetahui bahasa sendiri sahaja tidak cukup untuk memajukan keadaan hidup dan fikiran orang Melayu. Andaian mereka, bahasa asing itu “lebih mampu” berbanding dengan bahasa Melayu untuk berfungsi sebagai alat kemajuan bangsa Melayu.

Baca seterusnya di sini...

Cabaran Dan Reaksi Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Pentadbiran Dan Pendidikan di Malaysia

12 May 2016

Kertas kerja yang membincangkan tentang perkembangan bahasa kebangsaan selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga tahun 1966 boleh diperoleh di sini...

Penggunaan Tanda Petik " dan '

06 March 2016

Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut: a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis, b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.cth: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Pwrsatua Sains. c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. cth: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.

Bagi merujuk tajuk dalam syarahan penggunaan tanda petik (" ") adalah tepat berbanding tanda petik tunggal (' '). Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. cth: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim.

Untuk merujuk tajuk buku atau cerpen, boleh menggunakan tanda petik (" ") atau menggunakan huruf condong bagi menunjukkan ada sesuatu berlainan dalam frasa.

[Sumber artikel: http://prpm.dbp.gov.my]

Mencorak Nilai dan Sikap Bangsa Melalui Sastera

30 January 2016


Sumber: http://safaloha.blogspot.my/
“Keindahan yang mencorak nilai dan sikap sesuatu bangsa dilafazkan melalui bahasanya sebagai alat untuk menyampaikan nilai dan sikap tersebut. Melalui karya sastera, bangsa kita mengenal makna dan amalan berakhlak dalam kalangan masyarakat.

“Sastera tidak pernah merangsang keganasan, keburukan, kelemahan semangat untuk mencapai kehidupan lebih baik. Sastera sering menjadi penggerak kepada kehidupan murni dan berakal budi dalam amalan kehidupan masyarakat berbudaya murni, bersih dan berjati diri serta berdisiplin.



Bahasa Jiwa Bangsa