Bahasa Jiwa Bangsa

Santun Bahasa: Merendah Diri

29 August 2015

MERENDAH DIRI

Sumber: www.persadaku.org
Dalam berbahasa, terutama sekali dalam konteks rasmi, belajarlah merendahkan diri. 

Merendahkan diri itu bermaksud kita memanggil "orang" dengan panggilan tinggi daripada "kita" sendiri. 

Contoh: Di pejabat kerajaan atau syarikat seperti bank, stesen petrol, pasar raya, ... panggillah orang yang kita berurusan itu dengan panggilan; Encik (untuk lelaki dan wanita) ... atau Tuan (jikalau kita ketahui beliau itu seorang pegawai).

Jangan dipanggil; kakak atau abang. Panggilan itu meletakkan taraf mereka pada taraf kita, atau lebih rendah! Menyamakan taraf orang dengan taraf kita itu adalah "tidak sopan." 

Memanggil mereka dengan panggilan "adik" lagilah tidak sopan, kerana panggilan itu meletakkan mereka pada taraf yang lebih rendah daripada taraf kita. 

Bukankah panggilan abang, kakak dan adik itu lebih mesra? Betul, dan memesrai orang yang kita tidak kenal itu, atau yang lebih tinggi daripada kita itu adalah tidak "manis (tidak sopan)". Mereka perlu dihormati, bukan dimesrai.

-----
Sumber: Facebook Prof. Abdullah Hassan

Memperkasa Bahasa Melayu di Sekolah


Di sekolah, guru Bahasa Melayu (BM) berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik pelajar agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Apa tidaknya, ketika guru BM berbuat demikian, terdapat sesetengah guru mata pelajaran bukan BM tidak mempedulikan langsung tentang aspek kebahasaan.

Bagi mereka, soal binaan ayat, penggunaan imbuhan, dan ejaan yang betul tidak penting asalkan perkara yang disampaikan itu difahami pelajar.


Tokoh Bahasa: Zainal Abidin Ahmad (Za'ba)

16 August 2015

Sumber gambar: wikipedia.org
Zainal Abidin Ahmad juga dikenali sebagai Za'ba dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915. Za'ba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916.

Rujukan biodata beliau:


Bendung Bahasa Melayu dari Menjadi Bahasa Pijin dan Kreol

13 August 2015

Sumber gambar: http://www.ukm.my

Bahasa pijin adalah bahasa “ciptaan” yang dilahirkan oleh warga asing yang bukan penutur jati Bahasa Melayu apabila mereka berinteraksi sesama mereka dan dengan warga negara lain yang tinggal di Malaysia. Apabila warga asing berkomunikasi dengan warga asing yang lain, maka mereka akan menggunakan apa sahaja perkataan yang mereka tahu dalam struktur ayat yang tidak betul bagi menyatakan maksud mereka. Di sinilah saat bermulanya bahasa pijin dalam masyarakat Malaysia. 


Tokoh Bahasa: Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan

12 August 2015

Sumber gambar: kembarabahasa.blogspot.com
Dr. Awang Sariyan lahir di Pontian, Johor pada 20 Oktober1953. Pendidikan tingginya diperoleh di Universiti Kebangsaan Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Persuratan dengan Kepujian dan Diploma Pendidikan) dan di Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Linguistik dan IjazahDoktor Falsafah dalam bidang Falsafah Pendidikan Bahasa).


Bahasa Jiwa Bangsa