Bahasa Jiwa Bangsa

Bahasa Menunjukkan Bangsa

30 September 2014

Orang Melayu merupakan bangsa yang suka berkias dalam percakapan mereka. Dengan perkataan lain, orang Melayu tidak suka berterus-terang untuk menyampaikan sesuatu maksud. Gaya berbahasa ini merupakan seni dalam perhubungan antara orang Melayu dalam kelompok mereka.

Sumber artikel: Sinar Harian

Sesungguhnya Allah Bersama Kita

15 August 2014

Kesantunan Bahasa: Pertembungan Antara Budaya Melayu-Bukan Melayu dan Islam-Bukan Islam

15 June 2014

Kertas kerja ini boleh diperoleh melalui carian di UPSI Digital Repository

Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa seringkali dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa hams sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat seringkali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut. Budaya kesantunan masyarakat Melayu pula seringkali dikaitkan dengan agama Islam. Setiap masyarakat mempunyai norma dan nilai kesantunan bahasa yang berbeza. Masyarakat Malaysia yang memang sudah dikenali sebagai masyarakat majmuk tidak dapat lari daripada mengalami pertembungan budaya. Peristiwa perkahwinan campur bukanlah gejala yang barn berlaku di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia, malah sudah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat "Malaysia" yang berbilang kaum. Pertembungan budaya ini juga telah menimbulkan pelbagai ragam dan corak komunikasi antara masyarakat yang terlibat. Ini akan menyebabkan beberapa persoalan wujud akibat daripada peringkat penyesuaian diri dengan budaya dan bahasa yang digunakan. Berikutan daripada itu banyak perkara dan benda yang menarik untuk dibincang dan direnungkan bersama. Kertas ini akan cuba membincangkan persepsi tentang persamaan dan perbezaan nilai dan etos dari aspek komunikasi terhadap budaya bukan Melayu dan bukan Islam terutama dalam aspek kesantunan bahasa

Tokoh Bahasa: Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar

22 March 2014

Sumber gambar:
http://umconference.um.edu.my
Dato' Dr. Hjh Asmah Hj. Omar dilahirkan di Jitra pada 5 Mac 1940 dari sebuah keluarga yang berpendidikan tinggi. 

Pendidikan awal dan menengahnya bermula di Kedah. Beliau meneruskan pengajiannya di Universitas Indonesia dan memperolehi Sarjana Muda dan Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya hingga mendapat Ijazah Kedoktoran dari University of London dalam bidang 'General Linguistics'. 

Pada tahun 2000, Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah menerima anugerah gelaran Doktor Persuratan (D. Litt) dari Universiti Malaya kerana sumbangannya yang amat besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia.

Rujukan biodata beliau:

Tokoh Bahasa: Dato' Dr. Hassan Ahmad

15 February 2014

SUmber gambar: Klik Web DBP
Dato’ Dr. Haji Hassan bin Ahmad dilahirkan pada 8 Disember 1936 di Muar, Johor. Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya (1962), dan Doktor Falsafah (Universiti Leiden, 1999). 

Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah Pontian, Johor (1962-1963). Kemudian beliau bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Penyelidik (1963-1964), Pegawai Penyelidik Kanan (1964-1968), Timbalan Pengarah DBP (1971-1976) dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pengarah DBP (1976-1988). Beliau dilantik menjadi Wakil Tetap/Duta Malaysia ke UNESCO, Paris pada 1988 hingga 1994.

Rujukan biodata beliau:

Tokoh Bahasa: Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

04 January 2014


Sumber gambar: http://ww1.utusan.com.my
Datuk Dr. Nik Safiah Karim dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan. 

 Dalam bidang akademik, beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru (sekarang Sekolah Rendah Zainab). Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur (kini dikenali Kolej Tunku Kurshiah, Seremban). Setelah itu beliau telah belajar di St. Francis Institution, Melaka sehingga lulus Higher School Certificate pada tahun 1959. 

Pada 1965 beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik daripada Universiti Malaya. Seterusnya pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA.

Rujukan biodata beliau:


Bahasa Jiwa Bangsa