Bahasa Jiwa Bangsa

Nota Lekat Elektronik dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

30 September 2013

Padlet (http://www.padlet.com) merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pelajar menyiarkan pendapat mereka dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama-sama. Pelajar boleh menaip huruf bagi setiap nota lekat elektronik yang boleh menggabungkan imej, audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai.

Padlet merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pelajar menyiarkan pendapat mereka dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama-sama. Pelajar boleh menaip huruf bagi setiap nota lekat elektronik yang boleh menggabungkan imej, audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai. 

Padlet juga boleh digunakan untuk mencatat nota peribadi, senarai perkara yang perlu dilakukan, koleksi maklum balas, dan sebagainya. Dalam pembelajaran bahasa, pelbagai aktiviti berbentuk kolaboratif boleh dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi ini. Antaranya ialah aktiviti penulisan, pertuturan, sumbang saran, tatabahasa, perbendaharaan kata dan aktiviti berbentuk projek. Selain itu, aplikasi ini juga boleh dimanfaatkan oleh pendidik sebagai media pemberitahuan, iaitu untuk memaklumkan aktiviti pembelajaran atau latihan-latihan, perkembangan semasa tentang pelajaran dan juga pesanan kepada pelajar lain yang mungkin tidak hadir di kelas.

Pusat Sehenti Rujukan Persuratan Melayu

15 August 2013


PRPM ialah Pusat Sehenti Rujukan Persuratan Melayu yang dikelola oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 

Carian PRPM akan membantu mencari maklumat yang berpunca daripada sumber seperti kamus, istilah, ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (Sabah dan Sarawak), peribahasa, arkib pertanyaan bahasa, tesaurus bahasa Melayu, kandungan laman web DBP dan kandungan laman web lain yang ditentukan oleh DBP. 

PRPM boleh dilayari melalui http://prpm.dbp.gov.my/

Imbuhan Awalan Pinjaman

15 June 2013

Imbuhan dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada imbuhan asli atau imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing. Ada dua cara imbuhan asing dipinjam, iaitu dengan cara diterima sepenuhnya atau dengan diubah suai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu.

Awalan pinjaman (anti-, bio-, dwi-, eka-, eko-, juru-, ko-, maha-, multi-, pasca-, pra-, pro-, sosio-,sub-, swa-, tata-, tri- dan tuna-)  apabila bertemu dengan kata nama umum, dieja sebagai satu perkataan, tanpa tanda sempang. 

Peribahasa: Harapkan Pagar atau Harapkan Pegar

24 April 2013

Ramai pelajar yang bertanya tentang penggunaan perumpaan yang betul, sama ada "harapkan pagar, pagar makan padi" atau "harapkan pegar, pegar makan padi". Dalam hal ini, Mohd. Isa Abd. Razak dalam artikelnya telah menjelaskan:

...perbincangan tentang perumpamaan sebaik-baknya berfokus pada maksud lapisan keduanya, iaitu maksud yang tersirat. Perbincangan dari sudut yang lain seperti susunan perkataannya dan keindahan bahasanya boleh juga dilakukan. Perbincangan itu wajarlah dilakukan dengan cermat dan sebarang cadangan pindaan susunannya yang sudah mantap itu hendaklah berasaskan bukti yang kukuh.
Bersama-sama ini saya sisipkan artikel berkenaan untuk rujukan pembaca. Semoga kekeliruan dan kekusutan tentang penggunaan perumpaan dapat dirungkaikan.


Bahasa Melayu Berupaya Menjadi Bahasa Terbesar Dunia

12 January 2013

Sumber gambar: ITNM
“Punca mengapa bahasa Melayu semakin kurang digunakan oleh segelintir rakyat Malaysia pada hari ini kerana banyak yang jahil. Lebih menyedihkan apabila mereka ini menggunakan bahasa campur yang tidak hanya dalam perbualan harian sahaja. Golongan ini tiada rasa jati diri dan tiada martabat. Sedangkan mereka lupa bahawa bahasa itu umpama pakaian peribadi seseorang, pakaian akal fikiran dan perasaannya. “Jika menggunakan bahasa tempel-tempel ia ibarat pakai pakaian compang-camping, kotor dan tiada keindahan. Orang luar suka bahasa kita, mengapa kita pula membuangnya.”
~ Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh


Bahasa Jiwa Bangsa