HIP dan DLP: Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
28 November 2015
Bahasa Melayu akan Terpinggir, Sekadar Bahasa dalam Perlembagaan
21 November 2015
Kerajaan perlu serius dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu, kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr. Awang Sariyan sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam berhubung isu penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan surat-menyurat rasmi negeri Sarawak.
Kamus Dewan Edisi Keempat dengan Harga Ekonomi
Dalam usaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat, DBP menerbitkan Kamus Dewan Edisi Keempat dengan tawaran harga ekonomi RM29.90 senaskhah.
Kamus ini boleh didapati di pasaran tidak lama lagi.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman http://niaga.dbp.my
atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my.
Topik: bacaan , buku , martabatkan bahasa melayu , umum
Siri Bicara Bahasa: Rakaman Ungkapan Sarjana Bahasa Tanah Air
17 November 2015
Siri Bicara Bahasa diterbitkan khusus untuk merakam kata-kata daripada sarjana bahasa tanah air. Pengendali web melihat kepada perlunya usaha untuk mendokumentasikan ungkapan bermakna yang dilontarkan sebagai rakaman untuk membuka minda dan memupuk rasa cinta dan prihatin terhadap bahasa kebangsaan kita.
Topik: bicara bahasa
Buku: Sejarah Bahasa Melayu
07 November 2015
Buku yang memaparkan susur galur perkembangan bahasa Melayu.
Topik: bacaan , buku , rujukan , sejarah asal usul
Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Rasmi
02 November 2015
Peruntukan mengenai bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dinyatakan di bawah Fasal (1) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:“Bahasa Kebangsaan 152. (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa – (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.” Berdasarkan peruntukan di atas, walaupun bahasa kebangsaan bagi negara kita ialah bahasa Melayu tetapi seseorang boleh menggunakan (selain bagi maksud rasmi), mengajar atau belajar bahasa lain. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga mempunyai hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa kaum-kaum lain.
Topik: bacaan , fungsi bahasa melayu , martabatkan bahasa melayu , umum
Berjiwa Malaysia Melalui Satu Bahasa
01 November 2015
![]() |
Profesor Dr. Teo Kok Seong |
Sebenarnya rakyat Malaysia termasuk orang Melayu selaku penutur natif kepada bahasa Melayu, rata-ratanya tidak sayang, tidak bangga dan tidak taat kepada bahasa Melayu. Baik dalam kapasitinya sebagai bahasa ibunda atau etnik, atau dalam kapasitinya sebagai bahasa negara