Bahasa Jiwa Bangsa

HIP dan DLP: Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

28 November 2015

Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif Program Dwibahasa (DLP) dan Program Imersif Tinggi (HIP) yang akan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan peruntukan sebanyak RM38.5 juta.

Pelaksanaan program tersebut merupakan suatu usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).



HIP merupakan satu program meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan menanamkan sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris. HIP mengambil pendekatan dengan memberi fokus kepada pengupayaan sekolah, oleh sekolah, dan untuk sekolah.

DLP pula merupakan program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Beliau berkata program itu selaras dengan objektif kerajaan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada pihak sekolah dan ibu bapa bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.

Bacaan berkaitan:

2 program baharu tingkat B. Inggeris
300 Sekolah Perintis Laksana HIP, DLP Perkukuh B. Inggeris
Program DLP, HIP bukan untuk jatuhkan martabat Bahasa Melayu

0 komentar :


Bahasa Jiwa Bangsa