1. Baik Hati
sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang
lain secara ikhlas yang dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang
terhadap orang lain.
2. Berdikari
kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung
pada orang lain yang terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya
bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri.
3. Hemah Tinggi
budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut
serta budi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan
anggota masyarakat yang lain; terjelma melalui kesopanan, mengakui kesalahan
diri, dan ramah mesra.
4. Hormat-menghormati
menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial
dengan memberikan layanan yang sopan; antara lain terjelma melalui ketaatan
terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan
pemimpin; dan terjelma juga melalui hormat kepada raja dan negara, patuh kepada
undang-undang dan menghargai maruah diri.
5. Kasih Sayang
perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan
berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu; termasuk
sayang/cinta akan nyawa, alam sekitar, negara dan keamanan.
6. Keadilan
perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak
berat sebelah; termasuk juga saksama.
7. Kebebasan
8. Keberanian
kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin
dan tabah hati; termasuk berani tanpa membuta tuli, berani kerana benar, berani
mempertahankan pendirian, dan berani bertanggungjawab.
9. Kebersihan Fizikal dan Mental
kebersihan diri dan kebersihan persekitaran; terjelma
melalui pertuturan, kelakuan, pemikiran dan amalan kerohanian.
10. Kejujuran
sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan
ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan; termasuk amanah, bercakap benar,
dan ikhlas.
11. Kerajinan
usaha secara berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan
dan dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara; terjelma melalui kecekalan, daya
usaha, dedikasi, gigih dan tekun.
12. Kerjasama
usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara
bersama-sama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk
mencapai sesuatu matlamat; termasuk persaudaraan, tanggungjawab bersama,
gotong-royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.
13. Kesederhanaan
sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan
tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai
dengan norma dan nilai masyarakat; secara umum sederhana dalam mempertimbangkan
kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
14. Kesyukuran
perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas
nikmat dan kesenangan yang diperoleh; termasuk berterima kasih, mengenang budi,
dan menghargai seseorang/sesuatu--fokus utama ialah kesyukuran kepada Tuhan.
15. Patriotisme
semangat cinta akan negara, taat setia kepada raja dan
sanggup berkorban demi negara.
16. Rasional
dapat berfikir dengan berdasarkan alasan dan bukti yang
nyata dan dapat melakukan tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan;
termasuk mampu membuat pertimbangan, berfikir logik dan bersifat terbuka.
17. Semangat Bermasyarakat
kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan semangat kekitaan
seperti bermuafakat, kejiranan dan peka tentang isu sosial dan masyarakat.
0 komentar :
Post a Comment