Online: "Atas Talian" atau "Dalam Talian"?

17 September 2015

Istilah ‘atas talian’ dan ‘dalam talian’ merupakan istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada istilah ‘online’. Berdasarkan carian menggunakan enjin carian Google, terdapat 560 000 penggunaan istilah ‘dalam talian’ dan 1 780 000 penggunaan istilah ‘atas talian’.
Antara contoh penggunaannya berdasarkan carian Google ialah:
1a. Radio Dalam Talian (Online) – IKIMfm
1b. Mohon Dalam Talian – UNITAR International University
1c. Pengiraan Faraid Dalam Talian – Selamat Datang ke Portal E-Syariah
1d. Pembayaran Dalam Talian – Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka
2a. Selamat Datang Ke Sistem Peperiksaan Atas Talian
2b. Aplikasi Permohonan Jawatan Atas Talian UMT
2c. Perkhidmatan Atas Talian Kementerian Kerja Raya
2d. Kedai Atas Talian – Quora


Penggunaan seperti 1a – 1d dan 2a – 2d memperlihatkan bahawa penggunaan kedua-dua istilah tersebut jelas bertujuan merujuk kepada istilah ‘online’. Hasil carian juga menunjukkan bahawa penggunaan istilah ‘atas talian’ paling banyak digunakan oleh pengguna, iaitu sebanyak 1 780 000 rujukan berkaitannya. Hal demikian menunjukkan bahawa pengguna lebih gemar menggunakan istilah ‘atas talian’ untuk merujuk kepada istilah ‘online’. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa penggunaan istilah tersebut digunakan secara meluas dalam kalangan individu, sektor awam dan swasta.
Bagi mengenal pasti penggunaan istilah yang tepat, penulis telah melakukan rujukan daripada beberapa sumber. Antaranya Kamus Dewan edisi keempat, Kamus Dwibahasa, kamus istilah TMK dan juga melalui rujukan maya di Pusat Rujukan Persuratan Melayu yang dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (www.prpm.dbp.gov.my). Dapatan berdasarkan rujukan istilah Malaysia adalah seperti di bawah.
Selain itu, rujukan melalui Khidmat Nasihat Bahasa pula memperlihatkan jawapan yang jelas diberikan oleh pihak DBP terhadap pertanyaan yang dikemukakan berkaitan penggunaan istilah-istilah tersebut. Antara dapatannya adalah seperti di bawah.
Manakala kata ‘online’ tidak tersenarai dalam daftar Kamus Dewan. Hal ini menunjukkan bahawa istilah ‘online’ masih belum diterima sebagai kata pinjaman dalam BM.
Rumusannya, berdasarkan perbincangan dan dapatan di atas maka istilah yang tepat digunakan untuk merujuk kepada ‘online’ ialah ‘dalam talian’.
-----
Sumber: mybukhari.net

0 komentar :