Bahasa Jiwa Bangsa

Santun Bahasa: Merendah Diri

29 August 2015

MERENDAH DIRI

Sumber: www.persadaku.org
Dalam berbahasa, terutama sekali dalam konteks rasmi, belajarlah merendahkan diri. 

Merendahkan diri itu bermaksud kita memanggil "orang" dengan panggilan tinggi daripada "kita" sendiri. 

Contoh: Di pejabat kerajaan atau syarikat seperti bank, stesen petrol, pasar raya, ... panggillah orang yang kita berurusan itu dengan panggilan; Encik (untuk lelaki dan wanita) ... atau Tuan (jikalau kita ketahui beliau itu seorang pegawai).

Jangan dipanggil; kakak atau abang. Panggilan itu meletakkan taraf mereka pada taraf kita, atau lebih rendah! Menyamakan taraf orang dengan taraf kita itu adalah "tidak sopan." 

Memanggil mereka dengan panggilan "adik" lagilah tidak sopan, kerana panggilan itu meletakkan mereka pada taraf yang lebih rendah daripada taraf kita. 

Bukankah panggilan abang, kakak dan adik itu lebih mesra? Betul, dan memesrai orang yang kita tidak kenal itu, atau yang lebih tinggi daripada kita itu adalah tidak "manis (tidak sopan)". Mereka perlu dihormati, bukan dimesrai.

-----
Sumber: Facebook Prof. Abdullah Hassan

0 komentar :


Bahasa Jiwa Bangsa