Perihal Glokal
09 January 2011
Topik: nota , tatabahasa , umum
Analisis Soalan Karangan Peperiksaan Percubaan STPM Negeri-negeri 2010
01 November 2010
Analisis Soalan Karangan Peperiksaan Percubaan STPM 2010 negeri Kedah, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Bil. | Negeri | Isu | Fokus soalan | Format |
1. | Kedah | i. Masalah pembuangan bayi yang berpunca daripada kepincangan keluarga | Sejauh manakah benarnya penyataan itu. | Umum |
ii. Komunikasi cara elektronik | Bincangkan kesannya | Umum | ||
iii. Pendatang asing tanpa izin | Bincangkan sebab kemasukan pendatang asing tanpa izin perlu dihadkan | Umum | ||
iv.Kemalangan maut semakin meningkat menjelang musim perayaan | Punca-punca dan cadangan untuk mengatasinya. | Laporan | ||
2. | Selangor | i. Keganasan rumah tangga berpunca daripada tekanan hidup | Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan itu? | Umum |
ii. Penguasaan penjawat awam wanita dalam perkhidmatan | Faktor dan kesan | Laporan | ||
iii. Kebimbangan para peniaga barangan asli terhadap barangan tiruan | Kesulitan yang dihadapi oleh pengguna dan langkah untuk menanganinya | Memorandum | ||
iv.Penuntut asing di institusi pengajian tinggi di negara kita | Faktor pertambahan dan kesannya | Umum | ||
3. | Pahang | i. Bencana alam | Punca-punca dan cadangan | Laporan |
ii. Kanak-kanak yang hilang | Punca-punca dan langkah-langkah untuk menanganinya | Umum | ||
iii. Negara Perindustrian Baru | Mampukah Malaysia mencapainya pada tahun 2020 | Umum | ||
iv. Filem sebagai satu elemen seni budaya | Huraikan peranan filem dalam masyarakat | Umum | ||
4. | Terengganu | i. Kegiatan lumba motosikal secara haram | Kesulitan yang dihadapi oleh para peniaga dan cadangan untuk menanganinya. | Memorandum |
ii. Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada perkembangan media elektronik | Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut? | Umum | ||
iii. Masalah kekurangan air bersih | Kesan kekurangan air bersih kepada hidupan di muka bumi dan cadangan untuk menangani masalah itu. | Umum | ||
iv. Rukun Negara | Kepentingan dan langkah-langkah untuk meningkatkan penghayatan remaja terhadap Rukun Negara | Ceramah | ||
5. | Kelantan | i. Pertumbuhan ekonomi negara | Langkah-langkah untuk memantapkan ekonomi negara | Umum |
ii. Artis yang mempunyai kelompok peminat dan arti yang tidak boleh dijadikan ikutan | Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan itu? | Umum | ||
iii. Remaja perlu mempunyai hala tuju dalam kehidupan mereka | Usaha-usaha untuk membentuk remaja menjadi warganegara yang berguna kepada masyarakat dan negara. | Umum | ||
iv. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi semakin terancam | Punca-punca masalah itu dan langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu | Laporan |
Topik: analisis soalan , bahasa melayu 2 , karangan
Gelaran Dato' dan Datuk
12 October 2010
oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.
Topik: bahasa melayu 1 , santun bahasa
Fokus Isu Karangan 2010
11 October 2010
Tugasan Kumpulan
Kumpulan 1
1. Pemanasan Global – Faktor, kesan dan langkah untuk mengatasinya.
2. Penganjuran Sukan Peringkat Antarabangsa – Kepentingannya
3. Bangunan atau Tempat Bersejarah – Kepentingan dan usaha untuk mengekalkannya
4. Masalah Bencana Alam – Kesan dan usaha untuk membantu mangsa
Kumpulan 2
5. Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan – Kepentingan dan usaha yang dijalankan
6. Perniagaan Internet – Kepentingannya
7. Jenayah Ragut - Langkah untuk menanganinya
8. Penggunaan Kad Kredit – Kepentingan dan langkah untuk mengawal penggunaannya.
Kumpulan 3
9. Masalah Perumahan – Kesan dan langkah untuk mengatasinya
10. Penyakit kanser – Kesan dan usaha-usaha untuk menanganinya
11. Sekolah Kluster – Kepentingannya
12. Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah – Punca dan usaha untuk menanganinya
Kumpulan 4
13. Pelaburan Asing – Kepentingan dan usaha untuk menarik pelaburan asing
14. Pengangkutan Awam – Kelebihan dan usaha untuk menggalakkan penggunaannya
15. Perubatan Alternatif – Kepentingannya
16. Kes Penculikan Kanak-kanak – Langkah-langkah untuk menanganinya
Kumpulan 5
17. Adat Resam – Kepentingan dan usaha untuk mengekalkannya
18. Orang Gaji Asing – Masalah dan usaha untuk mengatasinya
19. Pertanian Moden – Kepentingan dan usaha untuk memajukannya
20. Kebanjiran Drama Bersiri Asing – Kesan dan usaha untuk mengawalnya
Topik: bahasa melayu 2 , karangan , pedoman peperiksaan
Soalan Percubaan STPM 2010
09 October 2010
Soalan akan dimasukkan secara berperingkat. Perkongsian soalan amat dialu-alukan.
Kedah
1.BM 2
2.BM 1
3.Skema BM 1
4.Skema BM 2
Pahang
1.BM 2
2.BM 1
3.Skema BM 1
4.Skema BM 2
Amaran Malware
22 September 2010
Blog ini mengalami gangguan malware. Saya sedang mengemaskini beberapa pautan dan kod yang berkaitan. Insyaallah blog ini akan kembali seperti biasa.
Topik: makluman
Pola Ayat Dasar
19 August 2010
POLA AYAT DASAR DAN FRASA
Pola ayat dasar merupakan sumber kepada pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti. Terdapat empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur binaan ayat:
i. FN+FN
ii. FN+FK
iii. FN+FA
iv. FN+FS
Frasa
Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
Frasa menjadisubjek atau predikat dalam binaan ayat serta menjadi konstituen atau binaan kepada klausa.
Frasa terbahagi kepada empat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama
Dalam setiap frasa ada perkataan yang yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu perkataan yang paling penting dalam frasa. Contoh (berdasarkan Pola FN+FN) :
Kakak saya seorang pramugari = Kakak pramugari
Di sini ‘kakak’ dan ‘pramugari’ adalah inti frasa kepada kedua-dua pola tersebut.
Jenis perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.
1) Frasa Nama (FN)
Frasa nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua jenis hubungan antara perkatan-perkataan ini :
a) inti & penerang
Contoh : Guru sekolah menengah itu sedang menasihati murid-muridnya (FN+FK)
Guru inti ; sekolah menengah itu penerang
b) inti & inti.
Contoh : Ibu bapa perlu mendidik anak (FN+FK)
Ibu inti ; bapa inti.
Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk menentukan sama ada frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan Hukum D-M, penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah sesuai dalam frasa nama.
Hukum D-M ialah Hukum Diterang (D) dan Hukum Menerang (M). Dalam frasa nama, unsur inti yang berada pada kedudukan pertama adalah unsur diterangkan, dan pada kedudukan kedua merupakan unsur menerangkan.
Contoh : Guru bahasa ; Guru inti / (D)
bahasa penerang /(M)
Hukum D-M mempunyai beberapa kekecualian, antaranya ialah jawatan tertentu yang biasa digunakan seperti Perdana Menteri (sepatutnya Menteri Perdana) dan naib presiden (sepatutnya presiden naib).
2) Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja tak transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua :
a) Frasa kerja yang tidak mengadungi obejk dan tidak memerlukan kata nama sebagai penyambung untuk melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja tak transitif.
Contoh : Adik menangis (FN+FK)
b) Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk melengkapkan frasa ini. Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama. Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.
Contoh : Saya menangkap burung gagak di hutan. (FN+FK) ; di sini :
burung gagak objek
di hutan penerang
3) Frasa Adjektif (FA)
Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat, yang hadir selepas kata kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.
Binaa frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti malas, muram, dan kosong. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan :
a) Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:
- keserasian makna. Contoh : cantik molek, penat lelah
- makna berlawanan. Contoh : baik buruk, kecil besar
- keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah longlai, kusut masai
b) Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata nama sebagai penerang. Ia membawa dua maksud
- keserupaan. Contoh : merah darah , hijau daun
- kiasan. Contoh : panjang tangan, besar kepala
Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:
a) Di hadapan : paling degil, amat bijak
b) Di belakang : murah sekali, cepat benar
c) Secara bebas : amat cantik, cantik amat.
d) Secara berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi
Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata keterangan selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif boleh mengalami susunan songsang. Contoh :
Rumah Ani amat besar sekali Amat besar sekali rumah Ani
4) Frasa Sendi Nama (FS)
Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat biasa, frasa sendi nama menjadi predikat dalam ayat.
Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara :
a) Sendi nama dan frasa nama. Contoh : di pasar
b) Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. Contoh : di tepi pasar
c) Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen. Contoh : ke dalam hutan untuk menangkap rusa.
(binaan ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur kata nama arah dan ayat komplemen merupakan unsur pilihan)
d) Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh : di selatan negeri China pada tiap-tiap bulan.
(binaan keempat ini memperlihatkan unsur keterangan bersifat pilihan)
Topik: bahasa melayu 1 , sintaksis , tatabahasa
Analogi Daun Gugur dan Pokok Sakit
07 August 2010

Analogi daun gugur dan pokok sakit
Oleh Ku Seman Ku Hussain
JALAN singkat untuk menghilangkan daun-daun yang gugur dari pokok yang sakit di sudut halaman ialah menyapu daun-daun itu. Tetapi ini tidak menyelesaikan masalah untuk jangka panjang kecuali merawat pokok itu supaya daunnya tidak gugur lagi.
Analogi pokok sakit dan daun ini sangat sesuai dengan kecenderungan kita mendepani krisis moral remaja hari ini.
Sesetengah daripada kita memilih jalan singkat yang kesannya segera iaitu menyapu daun yang gugur dan halaman kelihatan bersih seketika. Tetapi sebab utamanya kenapa pokok menjadi begitu jarang diambil peduli kerana kerjanya agak kompleks, menuntut kesabaran dan kesannya tidak dapat dilihat dengan kadar segera.
Krisis sosial golongan remaja ketika ini agak genting. Isu pembuangan bayi di merata-rata tempat yang sebahagian besarnya akibat pergaulan bebas. Ia seolah-olah menjadi perkara biasa. Menangani isu sosial seperti ini menuntut perancangan dan pendekatan yang betul untuk hasil jangka panjang.
Saya fikir Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memilih untuk menyapu daun yang gugur dan tidak merawat pokok yang sakit supaya daunnya tidak gugur lagi. Baru-baru ini, MIAM dan JAIM bersepakat untuk menangani gejala remaja hamil luar nikah dengan memberi kebenaran berkahwin sekalipun masih di bangku sekolah. Saya fikir ini hanya menyelesaikan gejala ‘anak luar nikah’ bukannya isu utama krisis sosial yang melanda golongan remaja.
Dalam peraturan baru, lelaki bawah umur 18 tahun dan perempuan bawah 16 tahun boleh berkahwin tetapi prosedurnya mesti melalui Mahkamah Syariah setelah mendapat persetujuan ibu bapa. Pada usia semuda ini sewajarnya mereka berada di sekolah. Memang benar, remaja yang ada masalah sosial tidak minat bersekolah tetapi adakah kita mengikut rentak mereka semata-mata mengurangkan kes pembuangan bayi?
Anak luar nikah atau pembuangan bayi di merata-rata tempat adalah hasil daripada krisis sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. Itu adalah produk sosial yang sumbing. Maka yang perlu diatasi sekarang adalah krisis sosial. Ini kerana apabila krisis sosial dapat diatasi, remaja kembali bermoral, kewujudan anak luar nikah dapat dibendung. Tetapi memanglah untuk membanteras akar tunjang yang menyebabkan krisis sosial ini ada kesukaran yang tersendiri.
Saya sangat percaya bahawa mengahwinkan remaja yang masih bersekolah akan mencetuskan masalah sosial yang lebih teruk. Bayangkan apakah akan berlaku kepada pasangan remaja ini selepas berkahwin? Adakah mereka akan menjadi pasangan suami isteri yang bertanggungjawab pada usia yang sangat muda? Mereka yang terlibat dalam krisis moral disebabkan tidak bertanggungjawab.
Mereka tidak bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa dan agama. Adakah dalam masa yang sesingkat itu yakni selepas berkahwin, si suami boleh menjadi pemimpin keluarga yang baik dengan kekangan kewangan, psikologi dan sebagainya? Masalah selepas berkahwin tanpa persediaan mental dan fizikal yang cukup akan menambahkan jumlah perkahwinan yang porak peranda.
Hasrat untuk mengurangkan pembuangan bayi luar nikah oleh MAIM dan JAIM memang baik. Tetapi kita kena realistik bahawa tidak semua hasrat yang baik akan memberikan hasil yang baik dalam erti kata sebenarnya. Biarlah semua perkahwinan itu berlaku selepas persiapan mental yang cukup, bukannya untuk mengelak anak luar nikah. Ini bermakna mereka yang berkahwin tergesa-gesa pada usia yang sangat muda tidak memikirkan perkahwinan itu sebagai sebuah institusi.
Kita juga harus ingat bahawa pasangan yang terperangkap dalam krisis sosial ini tidak semuanya memikirkan soal perkahwinan. Mereka tidak bersedia berkahwin, sebaliknya sekadar berseronok. Kalau dilonggarkan peraturan untuk berkahwin pada usia yang sangat muda, perkahwinan bukanlah matlamat mereka. Perkara yang tidak menjadi matlamat selalunya akan terabai. Saya fikir tentu ada pendekatan lain yang lebih ‘menyembuhkan’ bukan sekadar ‘melegakan’ untuk sementara waktu. Ingat, perkahwinan bukan sandiwara.
Topik: bacaan
Latihan Prauniversiti 1
11 July 2010
Latihan Individu
i. Apakah perbezaan antara variasi dan laras? Berikan contoh yang sesuai.
ii. Berdasarkan pendapat Halliday, jelaskan kefahaman anda tentang variasi bahasa.
Jawab dalam kertas jawapan yang berlogo sekolah.
Hantar pada 18 Julai 2010 (Ahad).
Topik: bahasa melayu 1 , tugasan , variasi bahasa





