Di sekolah, guru Bahasa Melayu (BM) berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik pelajar agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Apa tidaknya, ketika guru BM berbuat demikian, terdapat sesetengah guru mata pelajaran bukan BM tidak mempedulikan langsung tentang aspek kebahasaan.Bagi mereka, soal binaan ayat, penggunaan imbuhan, dan ejaan yang betul tidak penting asalkan perkara yang disampaikan itu difahami pelajar.










