Bahasa Jiwa Bangsa

Bernafas Dengan Buku

21 December 2015

GOODREADS MALAYSIA (GR-MY)
"BERNAFAS DENGAN BUKU"

Tempat pencinta dan pencandu buku Malaysia berkumpul, bertukar pendapat mengenai buku-buku yang telah dibaca, sedang dibaca dan bakal dibaca serta berbincang segala hal yang indah (atau sebaliknya) berkaitan dunia buku. Turut mengalu-alukan pembaca antarabangsa/ serantau yang meminati buku-buku Malaysia, terutama dari Brunei, Indonesia, selatan Thai dan Singapura. Mari kutip semula semangat membaca yang pernah hilang, atau kobarkan lagi yang sudah menyala biar terang. 

Daulatkan Bahasa Melayu

19 December 2015


Sasterawan Negara
Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah
Jika menganggap sastera Melayu sebagai lidah ibu, kini lidah ibu itulah yang hendak dikerat dan digunting. Jika pada masa hadapan bahasa Melayu itu dibunuh, orang yang membunuh bahasa itu adalah pemimpin Melayu dan orang Melayu sendiri

Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan

17 December 2015

Blog Saya dan Bahasa telah mendapat tempat ke-2 kategori terbuka dalam Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Pusat ICT UPSI. Lihat senarai pemenang.

Bicara Bahasa: Sekolah Satu Aliran Tingkat Penguasaan BM

11 December 2015


Bahasa Melayu: Bahasa Jiwa Bangsa

09 December 2015

Sumber imej: Blog Tn. Mohd. Isa Abd. Razak
Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.
Sejauh manakah kita memahami dan menjiwai "Bahasa Jiwa Bangsa"? Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya menyedari bahawa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa perhubungan tetapi lebih daripada itu. Antaranya sebagai cerminan nilai jati diri nasionalisme dan patriotisme pelbagai kumpulan etnik negara ini.

Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan

07 December 2015

Kertas yang membincangkan tentang kedudukan dan peranan BM dalam konteks komunikasi perpaduan ini amat bermanfaat untuk dibaca. Artikel ini boleh diperoleh melalui UKM Journal Article Repository.

Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan: Kedudukan dan Peranannya dalam Konteks Komunikasi Perpaduan

Perkara 4(1) menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama persekutuan dan semua undang-undang yang diluluskan selepas merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu. Berpegang atas prinsip ini, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diiktiraf dan berperanan dalam memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pemimpin terdahulu juga menyedari bahawa perlunya diwujudkan bahasa kebangsaan untuk menjadi bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum. Maka, hasil permuafakatan perlembagaan ini, telah diterima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang disentuh dalam Perkara 152. Dalam konteks masyarakat majmuk, kelihatan sukar untuk setiap etnik berkompromi dalam hal budaya dan agama kerana ia amat sensitif. Maka, hanya bahasa yang boleh dikompromi untuk dikongsi bersama iaitu bahasa Melayu sebagai alat penyatuan etnik di Malaysia. Justeru, artikel ini akan memperincikan lagi dan mengingatkan semula tentang kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan dengan merujuk kepada peruntukanperuntukan yang terdapat dalam perlembagaan dan kerelevanannya dalam memupuk perpaduan kebangsaan.
>> [Kertas kerja lengkap]

Ejaan DBP "insya-Allah"

06 December 2015



Terdapat pelbagai versi ejaan untuk "insya-Allah". Dapatan berikut menunjukkan kepelbagaian cara mengeja berdasarkan pencarian melalui enjin carian Google, antaranya: 
i. insyaallah
ii. insya allah
iii. insya-Allah
iv. insha'allah
v. inshaallah 
vi. insha allah
vii. in sha allah

Walau bagaimanapun, kekeliruan ejaan "insya-Allah" boleh dirungkaikan dengan merujuk kepada ejaan yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Berikut merupakan antara beberapa jawapan yang diberikan oleh pihak DBP melalui Khidmat Nasihat Bahasa PRPM tentang ejaan yang yang betul untuk "insya-Allah": 

Soalan: Saya telah merujuk penggunaan ejaan berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, termasuk ejaan ‘insya-Allah’. Saya berasa keliru apabila ada pihak menyebarkan kelemahan ejaan itu di Facebook. Bahan yang disebarkan itu dikatakan bersumber daripada Dr. Zakir Naik. Sebaran itu meminta pengguna bahasa Melayu agar menggunakan ejaan ‘In Shaa Allah’ (tiga patah perkataan). Saya mendapati sudah ada guru menggunakan ejaan ini. Apakah pendirian DBP?
Jawapan: Ejaan yang telah ditetapkan oleh DBP ialah insya-Allah. (30.12.2012) 

Soalan: Ada kekeliruan ejaan. Kamus Dewan Ed. 4 menyatakan ejaan ‘insya Allah’ ada tanda sempang, ‘insya-Allah’. Walau bagaimanapun, dalam rujukan Khidmat Nasihat ada yang menyatakan ejaan yang betul "insyaAllah" dan ada yang menyatakan "insya-Allah". Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan: Ejaan yang betul ialah insya-Allah. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. (24.07.2013) 

Soalan: Tuan, huruf ‘i’ dalam perkataan ‘insya-Allah’ perlu ditulis secara huruf besar atau huruf kecil? Jadi ‘insya-Allah’ atau ‘Insya-Allah’? Atau kedua-duanya pun sama boleh diterima? 
Jawapan: insya-Allah. (27.05.2014)

Bicara Bahasa: Bahasa Melayu Tinggi

01 December 2015


HIP dan DLP: Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

28 November 2015

Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif Program Dwibahasa (DLP) dan Program Imersif Tinggi (HIP) yang akan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan peruntukan sebanyak RM38.5 juta.

Pelaksanaan program tersebut merupakan suatu usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Bahasa Melayu akan Terpinggir, Sekadar Bahasa dalam Perlembagaan

21 November 2015


Kerajaan perlu serius dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu, kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr. Awang Sariyan sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam berhubung isu penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan surat-menyurat rasmi negeri Sarawak.


Bicara Bahasa: Berdirilah dengan Bahasa Rasmi

18 November 2015




Bahasa Jiwa Bangsa