Kewajiban atau kewajipan ?

12 March 2009

Persoalan ini ditanya oleh student dalam ruang sembang.
Penjelasan ringkas saya adalah seperti berikut:

i) Ejaan yang betul ialah kewajipan. (sila rujuk Kamus Dewan & Koleksi Lembar Bahasa (2002-2003)


ii) Persoalan ini juga diungkapkan dalam http://www.semestian.net/ghalib.
Berikut adalah penjelasannya:

Jawapan atau Jawaban, Kewajipan atau Kewajiban??
Posted on Tuesday 6 March 2007

Lihatlah jawapan yang diberikan oleh pegawai daripada Bahagian Khidmat Nasihat Bahasa DBP kepada Editor Buku Pearson Malaysia Bhd.

From: sbmbsys@dbp.gov.my

Salam sejahtera ZULKIFLI BIN JAMAASIM,

Soalan: KDE4 cenderung menggunakan bentuk “jawaban” dan “kewajiban” dlm ayat contohnya berbanding bentuk “jawapan” dan “kewajipan”. Apa komen pihak Tuan tentang hal ini.

Jawapan: Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu, ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemukan sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan.

Terima kasih diucapkan kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Bahasa.

Sekian, terima kasih.
.....................................

Mudah-mudahan dapat membantu.

2 komentar :

Lumut Pagi said...

Beda dan beza?

Cikgu rasa...

InsyaAllah, nanti saya kemukakan pendapat 'kecil' saya..

:)

saya dan bahasa said...

Beza - selalu digunakan oleh penutur kita (pengguna BM di Malaysia)
Beda - digunakan oleh penutur Indonesia.
Kedua-duanya mendokong maksud yang sama.

Beda juga merupakan antara kata yang selalu digunakan oleh orang Kedah (dialek)dalam pertuturan mereka.
Contoh:
"Amboi, hang makan habih no, sampai tak tinggai beda orang lain."

Apabila menggunakan korpus untuk mengkaji bahasa, maka kita akan ketemu banyak sistem bahasa yang adakala melanggar hukum tatabahasa....

Salam berkongsi dan terima kasih atas kesudian cik azizah membuka perbincangan ilmu di sini.