Bahasa Jiwa Bangsa

Jawapan atau jawaban?

30 March 2009

Memang telah menjadi suatu kelaziman bagi masyarakat kita, apabila berlaku sesuatu perubahan, kita akan mengambil masa yang lama untuk menerimanya. Untuk pengetahuan saudara, Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm.615) telah mencatatkan seperti hal yang demikian:

jawaban, jawapan 1. jawab, balas (an)2. sesuatu yang dituliskan sebagai penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dalam ujian bertulis).

Oleh itu, kedua-dua patah perkataan itu betul dan diterima pakai. Namun begitu, dari segi morfologinya, yang lebih tepat ialah jawaban. Perkataan ini berasal daripada perkataan jawab. "Jawab", apabila dibubuh imbuhan -an, maka yang terhasil tentulah "jawaban". Bentuk "jawapan" telah lama digunakan dalam masyarakat, dan oleh sebab itulah, untuk tidak mahu menimbulkan kesulitan kepada pengguna bahasa, kedua-dua bentuk diterima, walaupun bentuk "jawaban" yang seharusnya digunakan.

Sumber: Blog Azhar Salleh (Munsyi Dewan)http://witra.blogspot.com/2009/03/tatabahasa-mengikut-atau-mengikuti.html>

2 komentar :

Cikgu Metal said...

Saya tertarik dengan persoalan berkaitan “jawapan” dan “jawaban” yang terdapat dalam entri saudara.
Soalan saya :
1 Mengapakah kita harus menggunakan kamus (dalam kes ini saudara merujuk kepada Kamus Dewan) untuk menentukan samada betul atau salahnya sesuatu perkataan?
2 Apabila saudara mengandaikan pembentukan “jawaban” berdasarkan kepada rantaian morfologi; iaitu jawab + an  jawaban, saya menjadi terlalu keliru! Mengapakah saudara berpegang pula kepada analisis bahasa bersifat struktural dan mengkesampingkan analisis tatabahasa generatif seperti yang menjadi asas kepada Tatabahasa Dewan?

Saya amat berbesar hati sekiranya saudara dapat memberikan persoalan yang membingungkan saya ini.

zamaniishak@gmail.com

saya dan bahasa said...

katarsis:saya sudah e-melkan maklum balas. Terima kasih atas perkongsian dan percambahan ilmu. Saya amat menghargai pandangan saudara.


Bahasa Jiwa Bangsa