Tokoh Bahasa: Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong
21 December 2015
![]() |
Sumber gambar: http://www.uim.edu.my/v2/ |
Topik: tokoh bahasa
Bernafas Dengan Buku

Daulatkan Bahasa Melayu
19 December 2015
Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan
17 December 2015
Topik: anugerah , educational blogging upsi , umum
Bahasa Melayu: Bahasa Jiwa Bangsa
09 December 2015
![]() |
Sumber imej: Blog Tn. Mohd. Isa Abd. Razak |
Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.
Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
07 December 2015
Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan: Kedudukan dan Peranannya dalam Konteks Komunikasi Perpaduan
Perkara 4(1) menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama persekutuan dan semua undang-undang yang diluluskan selepas merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu. Berpegang atas prinsip ini, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diiktiraf dan berperanan dalam memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pemimpin terdahulu juga menyedari bahawa perlunya diwujudkan bahasa kebangsaan untuk menjadi bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum. Maka, hasil permuafakatan perlembagaan ini, telah diterima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang disentuh dalam Perkara 152. Dalam konteks masyarakat majmuk, kelihatan sukar untuk setiap etnik berkompromi dalam hal budaya dan agama kerana ia amat sensitif. Maka, hanya bahasa yang boleh dikompromi untuk dikongsi bersama iaitu bahasa Melayu sebagai alat penyatuan etnik di Malaysia. Justeru, artikel ini akan memperincikan lagi dan mengingatkan semula tentang kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan dengan merujuk kepada peruntukanperuntukan yang terdapat dalam perlembagaan dan kerelevanannya dalam memupuk perpaduan kebangsaan.>> [Kertas kerja lengkap]
Ejaan DBP "insya-Allah"
06 December 2015
Terdapat pelbagai versi ejaan untuk "insya-Allah". Dapatan berikut menunjukkan kepelbagaian cara mengeja berdasarkan pencarian melalui enjin carian Google, antaranya:
Soalan: Saya telah merujuk penggunaan ejaan berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, termasuk ejaan ‘insya-Allah’. Saya berasa keliru apabila ada pihak menyebarkan kelemahan ejaan itu di Facebook. Bahan yang disebarkan itu dikatakan bersumber daripada Dr. Zakir Naik. Sebaran itu meminta pengguna bahasa Melayu agar menggunakan ejaan ‘In Shaa Allah’ (tiga patah perkataan). Saya mendapati sudah ada guru menggunakan ejaan ini. Apakah pendirian DBP?
Jawapan: Ejaan yang telah ditetapkan oleh DBP ialah insya-Allah. (30.12.2012)
Soalan: Ada kekeliruan ejaan. Kamus Dewan Ed. 4 menyatakan ejaan ‘insya Allah’ ada tanda sempang, ‘insya-Allah’. Walau bagaimanapun, dalam rujukan Khidmat Nasihat ada yang menyatakan ejaan yang betul "insyaAllah" dan ada yang menyatakan "insya-Allah". Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan: Ejaan yang betul ialah insya-Allah. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. (24.07.2013)
Soalan: Tuan, huruf ‘i’ dalam perkataan ‘insya-Allah’ perlu ditulis secara huruf besar atau huruf kecil? Jadi ‘insya-Allah’ atau ‘Insya-Allah’? Atau kedua-duanya pun sama boleh diterima?
Jawapan: insya-Allah. (27.05.2014)
Topik: analisis kesalahan bahasa , morfologi , soal jawab , tatabahasa
HIP dan DLP: Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
28 November 2015
Bahasa Melayu akan Terpinggir, Sekadar Bahasa dalam Perlembagaan
21 November 2015
Kerajaan perlu serius dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu, kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr. Awang Sariyan sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam berhubung isu penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan surat-menyurat rasmi negeri Sarawak.
Kamus Dewan Edisi Keempat dengan Harga Ekonomi
Dalam usaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat, DBP menerbitkan Kamus Dewan Edisi Keempat dengan tawaran harga ekonomi RM29.90 senaskhah.
Kamus ini boleh didapati di pasaran tidak lama lagi.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman http://niaga.dbp.my
atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my.
Topik: bacaan , buku , martabatkan bahasa melayu , umum
Siri Bicara Bahasa: Rakaman Ungkapan Sarjana Bahasa Tanah Air
17 November 2015
Siri Bicara Bahasa diterbitkan khusus untuk merakam kata-kata daripada sarjana bahasa tanah air. Pengendali web melihat kepada perlunya usaha untuk mendokumentasikan ungkapan bermakna yang dilontarkan sebagai rakaman untuk membuka minda dan memupuk rasa cinta dan prihatin terhadap bahasa kebangsaan kita.
Topik: bicara bahasa
Buku: Sejarah Bahasa Melayu
07 November 2015
Buku yang memaparkan susur galur perkembangan bahasa Melayu.
Topik: bacaan , buku , rujukan , sejarah asal usul
Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Rasmi
02 November 2015
Peruntukan mengenai bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dinyatakan di bawah Fasal (1) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:“Bahasa Kebangsaan 152. (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa – (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.” Berdasarkan peruntukan di atas, walaupun bahasa kebangsaan bagi negara kita ialah bahasa Melayu tetapi seseorang boleh menggunakan (selain bagi maksud rasmi), mengajar atau belajar bahasa lain. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga mempunyai hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa kaum-kaum lain.
Topik: bacaan , fungsi bahasa melayu , martabatkan bahasa melayu , umum
Berjiwa Malaysia Melalui Satu Bahasa
01 November 2015
![]() |
Profesor Dr. Teo Kok Seong |
Sebenarnya rakyat Malaysia termasuk orang Melayu selaku penutur natif kepada bahasa Melayu, rata-ratanya tidak sayang, tidak bangga dan tidak taat kepada bahasa Melayu. Baik dalam kapasitinya sebagai bahasa ibunda atau etnik, atau dalam kapasitinya sebagai bahasa negara
Sasterawan Negara Ke-13: Datuk Dr. Zurinah Hassan
18 October 2015
![]() |
Sumber Gambar: Sinar Harian |
Topik: sasterawan negara , tokoh bahasa
Nasib Bahasa Melayu dari Kaca Mata Sasterawan Negara
14 October 2015
![]() |
Sumber Gambar: Berita Harian |
"Bahasa Melayu selalu dikambinghitamkan dan dijadikan mangsa kalau negara gagal melonjakkan ekonomi atau pendidikan"
Topik: fungsi bahasa melayu , umum
Bulan Bahasa Kebangsaan 2015
12 October 2015
![]() |
Sumber Gambar: Klik Web DBP |
Topik: bulan bahasa , umum
Indahnya Peribahasa
20 September 2015
...kita boleh saja mencadangkan yang lain, namun kita jangan terus mempersalah sesuatu yang telah diterima pada masa silam.
Topik: bahasa melayu 1 , peribahasa , variasi bahasa
Online: "Atas Talian" atau "Dalam Talian"?
17 September 2015
1b. Mohon Dalam Talian – UNITAR International University
1c. Pengiraan Faraid Dalam Talian – Selamat Datang ke Portal E-Syariah
1d. Pembayaran Dalam Talian – Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka
2b. Aplikasi Permohonan Jawatan Atas Talian UMT
2c. Perkhidmatan Atas Talian Kementerian Kerja Raya
2d. Kedai Atas Talian – Quora
Topik: bahasa melayu 1 , perbincangan , tatabahasa
Santun Bahasa: Merendah Diri
29 August 2015
MERENDAH DIRI
![]() |
Sumber: www.persadaku.org |
-----
Sumber: Facebook Prof. Abdullah Hassan
Topik: santun bahasa
Memperkasa Bahasa Melayu di Sekolah
Di sekolah, guru Bahasa Melayu (BM) berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik pelajar agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Apa tidaknya, ketika guru BM berbuat demikian, terdapat sesetengah guru mata pelajaran bukan BM tidak mempedulikan langsung tentang aspek kebahasaan.Bagi mereka, soal binaan ayat, penggunaan imbuhan, dan ejaan yang betul tidak penting asalkan perkara yang disampaikan itu difahami pelajar.
Topik: fungsi bahasa melayu , santun bahasa
Tokoh Bahasa: Zainal Abidin Ahmad (Za'ba)
16 August 2015
![]() |
Sumber gambar: wikipedia.org |
Topik: tokoh bahasa
Bendung Bahasa Melayu dari Menjadi Bahasa Pijin dan Kreol
13 August 2015
![]() |
Sumber gambar: http://www.ukm.my |
Bahasa pijin adalah bahasa “ciptaan” yang dilahirkan oleh warga asing yang bukan penutur jati Bahasa Melayu apabila mereka berinteraksi sesama mereka dan dengan warga negara lain yang tinggal di Malaysia. Apabila warga asing berkomunikasi dengan warga asing yang lain, maka mereka akan menggunakan apa sahaja perkataan yang mereka tahu dalam struktur ayat yang tidak betul bagi menyatakan maksud mereka. Di sinilah saat bermulanya bahasa pijin dalam masyarakat Malaysia.
Topik: fungsi bahasa melayu , santun bahasa
Tokoh Bahasa: Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan
12 August 2015
![]() |
Sumber gambar: kembarabahasa.blogspot.com |
1. http://pts.com.my/penulis/awang_sariyan/
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Awang_Sariyan
Topik: tokoh bahasa
Tokoh Bahasa: Profesor Emeritus Abdullah Hassan
18 July 2015
![]() |
Sumber: gambar media.um.edu.my |
Topik: tokoh bahasa
Santun Berbahasa
31 May 2015
![]() |
Sumber: Mohd. Isa Abd. Razak |
Tidak rugi jika kita menjadi pemimpin kepada sesuatu organisasi jika kita bertutur dengan santun kepada orang bawahan. Tidak luak sedikit pun pengaruh dan kepercayaan orang terhadap kita, jika kita berbahasa dengan santun, bak pepatah ‘ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya’. Apa guna jika kita menyumpah seranah, memaki-hamun, mengherdik seseorang kerana salahnya sedikit sahaja, atau belum tentu lagi salahnya? Sudah tentu kesannya dirasai oleh kedua-dua pihak yang terlibat.
Topik: santun bahasa
Betulkan salah tanggap tentang BM
17 March 2015
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menyediakan kemudahan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk pengguna mengemukakan permasalahan bahasa tetapi masih kurang dimanfaatkan oleh pengguna.
Topik: bacaan , fungsi bahasa melayu